PUTRAJAYA : Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin akan mengetuai delegasi Malaysia ke Segmen Peringkat Tinggi Majlis Hak Asasi Manusia Sesi Ke-55 di Geneva, Switzerland selama dua hari, bermula Selasa.
Dalam satu kenyataan di Facebooknya, Ahli Parlimen Kimanis itu berkata, delegasi Malaysia juga akan menghadiri Segmen Peringkat Tinggi Persidangan Mengenai Pelucutan Senjata.
“Semasa lawatan kerja ini saya akan menyampaikan ucapan di Segmen Peringkat Tinggi Majlis Hak Asasi Manusia Sesi Ke-55 pada 27 Februari 2024 jam 12:18 P.M. (7:18 P.M. waktu Malaysia) dan Segmen Peringkat Tinggi Persidangan Mengenai Pelucutan Senjata pada 28 Februari 2024 jam 10:30 A.M. (5:30 P.M. waktu Malaysia).
“Saya juga dijadualkan akan bertemu dengan beberapa rakan sejawat di sela-sela mesyuarat tersebut,” katanya lagi.
Dalam satu kenyataan susulan, Wisma Putra berkata, Malaysia akan mengetengahkan kemajuan yang telah dicapai dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia.
Pada masa yang sama, menurut kenyataan itu lagi, Malaysia juga akan menyuarakan sokongan padu negara terhadap pembelaan hak asasi rakyat Palestin, usaha memerangi Islamofobia, cabaran-cabaran negara dalam menghadapi permasalahan berkaitan pelarian dan pemohon suaka, keperluan untuk menambah baik proses kerja di Majlis Hak Asasi Manusia dan pengukuhan kerjasama Malaysia dengan Pejabat Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia di Geneva.
Di Persidangan Mengenai Pelucutan Senjata pula, Wisma Putra berkata, Malaysia akan menekankan keperluan untuk masyarakat antarabangsa supaya menyegerakan pelupusan senjata nuklear dan senjata pemusnah besar-besaran (WMD), agar matlamat supaya satu dunia bebas dari senjata WMD dapat dikecapi.
“Dalam pada itu, Malaysia akan menggesa Persidangan tersebut supaya segera mencapai kata sepakat ke atas Program Kerja bagi tahun 2024 agar dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Badan Rundingan mengenai pelucutan senjata dengan berkesan.
"Kedua-dua segmen ini adalah antara mesyuarat-mesyuarat utama di Geneva pada tahun 2024. Penyertaan YB Timbalan Menteri Luar Negeri adalah selari dengan peranan aktif Malaysia di peringkat antarabangsa, terutamanya dalam mempromosi hak asasi manusia dan keselamatan dan keamanan sejagat,” menurut kenyataan itu lagi.
Dalam pada itu Wisma Putra berkata, Mohamad juga dijangka akan mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan sejawat dan Ketua-Ketua Organisasi Antarabangsa di Geneva bagi membincangkan isu-isu berkepentingan bersama.
Antara lainnya, termasuklah bertukar-tukar pandangan bagi mengukuhkan mekanisme hak asasi manusia, pemberian bantuan kemanusiaan dan mengaktifkan semula Persidangan Mengenai Pelucutan Senjata.
Firdaus Azil
Tue Feb 27 2024
Wisma Putra Berkata, Mohamad juga dijangka akan mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan sejawat dan Ketua-Ketua Organisasi Antarabangsa di Geneva bagi membincangkan isu-isu berkepentingan bersama. - Gambar: FB Mohamad Alamin
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Perancis isytihar darurat, tentera dikerah
Perancis isytiharkan darurat di New Caledonia susulan rusuhan maut yang berlaku sejak dua hari lalu dengan mengerahkan tentera bagi mengawal pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa.
China bantah hukuman kolektif sasar penduduk Gaza
China membantah serangan ke atas Rafah dan hukuman kolektif yang menyasarkan penduduk Gaza, menurut jurucakap Kementerian Luar China.
'Masyitah mungkin terlepas kejohanan dunia di Filipina, tumpu proses pemulihan'
Atlet kayak negara Siri Nurul Masyitah Md Elias, mungkin terlepas menyertai Kejohanan Dunia Perahu Naga ICF 2024 di Filipina pada 30 Okt hingga 3 Nov depan selepas cedera parah dalam kemalangan.
Korban banjir lahar dingin ragut meningkat kepada 67 mangsa
Banjir yang dikenali sebagai lahar dingin di Indonesia mengorbankan 67 individu setakat Rabu, dengan 989 keluarga terjejas akibat bencana tersebut.
Pekerja kilang mabuk mengaku tidak bersalah
Seorang pembantu penyelia kilang mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga mencederakan atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias di kilometer 3.5 Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur, Sabtu lalu.
[TERKINI] Inflasi meningkat perlahan kepada 2.2 peratus tahun 2023
Ini laporan yang baharu kami terima.
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022 dengan mata indeks mencatatkan 130.4 berbanding 127.2 pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022 dengan mata indeks mencatatkan 130.4 berbanding 127.2 pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Pengamal media perlu rujuk Wisma Putra sebelum sertai misi bantuan NGO - Fahmi
Pengamal media perlu merujuk dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan khidmat nasihat dan garis panduan sebelum menyertai misi bantuan anjuran NGO.
Laporan KRI: Purata gaji rakyat Malaysia hanya naik RM56 setahun antara 2010-2019
Purata gaji rakyat Malaysia hanya meningkat sekitar RM56 setahun, terutama melibatkan golongan yang berada dalam kategori 50 peratus terbawah di negara ini. Khazanah Research Institute (KRI) dalam laporannya mendedahkan, tiada perubahan ketara berlaku dalam tempoh 10 tahun iaitu antara 2010 hingga 2019.
Mahkamah tetapkan Isnin depan keputusan larang Chegu Bard
Keputusan mahkamah perintah larangan pada Isnin terhadap Chegu Bard memberi komen atau ulasan berkaitan isu kasino di Forest City, Iskandar Puteri.
Kerajaan Perpaduan jamin setiap penyelesaian sempadan maritim tidak jejas kedaulatan negara
Kerajaan Perpaduan memberi jaminan bahawa setiap keputusan dalam penyelesaian persempadanan maritim Malaysia dengan negara jiran tidak akan menjejaskan kedaulatan negara.
Ops Ihsan: 33,000 lagi pek makanan berjaya dihantar ke Gaza
Sebanyak 33,000 lagi pek makanan telah berjaya dihantar ke Semenanjung Gaza menerusi Ops Ihsan, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
Malaysia kesal permohonan Palestin di persidangan perlucutan senjata dibantah
Mohamad berkata Malaysia berpendapat bahawa Palestin mempunyai hak yang sama untuk menyertai persidangan itu.
Mohamad Alamin ketuai delegasi Malaysia ke Geneva, terus suarakan kepentingan Palestin
Wisma Putra berkata, Malaysia akan mengetengahkan kemajuan yang telah dicapai dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia
Kekejaman Zionis: Masyarakat dunia perlu capai penyelesaian gencatan senjata - Mohamad Alamin
Malaysia juga mencari penyelesaian gencatan senjata secara kekal selain penyaluran segera bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.
Malaysia dan Mesir sepakat teruskan tekanan heret Israel ke badan perundangan antarabangsa
Malaysia dan Mesir sepakat untuk meneruskan tekanan serta desakan di peringkat global bagi mengheret Israel ke badan perundangan antarabangsa susulan kekejaman rejim zionis.
Malaysia gesa NAM gandakan usaha henti kekejaman Israel - Mohamad
Beliau juga menyatakan sokongan Malaysia bagi penganjuran persidangan antarabangsa diterajui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menubuhkan negara Palestin yang merdeka.
Sidang NAM: Mohamad angkat isu Palestin
Sebelum itu, Mohamad menghadiri hari pertama Mesyuarat Peringkat Menteri bagi Sidang Kemuncak NAM ke-19.
Timbalan Menteri Luar ketua delegasi Malaysia ke NAM
Kenyataan Malaysia antara lain akan menekankan keperluan untuk mengukuhkan perpaduan dan solidariti dalam kalangan negara-negara membangun.
Malaysia terus perjuang nasib rakyat Palestin ketika dunia masih bersikap dwistandard
Malaysia menyuarakan kekesalan dengan sikap dwistandard oleh sesetengah pihak dalam menangani nasib rakyat Palestin.